Sunday, June 5, 2011

Apabila Mereka Berkata...

Pada suatu hari, seorang pemuda berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli-belah… sedang dia berjalan hanya sekadar melihat kedai-kedai yang ada dalam kompleks membeli-belah tersebut, soerang perempuan yang berpakaian seksi melepasi lelaki tersebut…

Si MATA: Perghhh… Seksi la awek tadi…

Si HIDUNG: Yer la, time dia lintas tadi wangi jer aku bau perfume dia…

Si TELINGA: Dah la seksi, wangi, sedap jer suara dia aku dengar dia cakap dengan member dia tadi…

Si AKAL: Hah, aper lagi MULUT, pergi la tegur dia, mana la tau boleh sangkut…

Si MULUT: Ish, kau ni AKAL, ingat senang-senang ke boleh mengurat awek tu…

Si AKAL: Ala, kau tu kan bole berkata-kata, dengan ayat kau tu pun dan boleh meluluhkan hati seorang perempuan tau…

Si MULUT: Nak luluhkan hati seorang perempuan, aku kena tanya HATI, dia lebih memahami hal-hal macam ni...

Si HATI: Hmm, aku tengok awek tu macam ok jer, tapi walaupun dia pakai macam tu, belum tentu perangai dia tak baik… laut boleh diduga, hati manusia tak siapa yang tahu selain Tuhan…

Si NAFSU: Wahai rakan-rakanku sekalian, janganlah kalian semua terpedaya dengan kecantikan luaran sahaja, kecantikan dalaman adalah kunci kebahagiaan… kecantikan luaran semata-mata tetapi cacat kecantikan dalamannya boleh membawa kepada nafsu serakah dan maksiat…

Si MATA: Jadi, apa yang aku lihat selama ini bagaimana?

Si NAFSU: Benar, pandangan pertama mungkin boleh memberi satu perspektif baik ataupun buruk, tapi jika dipandang berkali-kali diiringi dengan rasional dan batas-batas, mungkin yang buruk boleh menjadi cantik manakala sebaliknya…

Si MULUT: Bagaimana dengan kata-kata?

Si NAFSU: Apabila berkata-kata, janganlah biarkan kata-kata mendahului segalanya, dahulukan dengan akal barulah kata-kata boleh menyusul… Sebagai contoh, orang yang marah kata-katanya mendahului segalanya, dan itu boleh memusnahkan diri…

Si HATI: Kalian, kalau begitu, sama-samalah kita menolong satu sama lain… Si MATA, HIDUNG, TELINGA dan MULUT memainkan peranan yang penting untuk HATI dan NAFSU… Jika kalian membuat yang baik, maka baiklah pekertinya, manakala jika MATA melihat kejahilan, TELINGA mendengar fitnah, MULUT mendustakan kata-kata, maka akan gelaplah HATI dan geloralah NAFSU, musnahlah diri seorang MANUSIA…

2 comments: