Saturday, March 26, 2011

Antara Azreen Shaharizan Dan Diambang Perpisahan

Bercinta? Macam Dah Jadi Satu Kemestian Bagi Anak Muda Remaja. Perasaan Yang Datang Secara Automatik, Tak Der Pun Beli Kat Maner2... Best Kan Bercinta, Sana Sini Indah, Sengih Jer Memanjang, Biarlah Orang Cakap Giler Pun, Janji Hati Berbunga2... Tapi Tak Selamanya Akan Indah, Tak Selamanya Hati Tu Berbunga2, Kadang Kala Rase Macam Hampeh Jer, Rase Hidup Sorang Lagi Baik La... Ni Aku Share 15 Tanda2 Perpisahan...

1) Ketika bertemu atau cakap dalam telefon, si dia lebih banyak diam dari bercakap seperti selalu. Kamu saja yang banyak berkata. Dia cuma menjawab acuh tak acuh saja. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya.

2) Kalau berjumpa, si dia kerap mempamerkan wajah yang kurang senang ataupun ‘bad mood’. Tentu saja kamu sendiri tertanya-tanya mengapa si dia begitu. Alasan yang diberikan ialah dia ‘bad mood’ ataupun kurang sihat.

3) Si dia mula pandai melawan kata-kata kamu. Kalau kamu memberikan pendapat ataupun membahaskan sesuatu, dia akan cuba membantahnya.

4) Kamu berdua sering bertengkar walaupun disebabkan perkara remeh-temeh. Sebelum ini seboleh-bolehnya kamu berdua mahu mengelakkan dari bertengkar. Tapau kalau perkara sekecil kuman pun menjadi isu, tentu saja ada yang tak puas hati.

5) Kini dia bukanlah pendengar yang setia. Kalau dulu pada dialah kamu meluahkan perasaannya. Tapi kini bila kamu memerlukan , dia tiada. Kamu dapat rasakan yang dia juga seakan menyisihkan diri dari kamu.

6) Telefon bimbitnya sering ditutup dan apabila kamu bertanya, dia menjawab sudah kehabisan bateri ataupun tidak mahu diganggu.

7) Si dia sering berkata , “andainya kita tiada jodoh, lebih baik awak mencari pengganti saya yang lebih bagus. Sekurang-kurangnya awak dapat melupakan saya”.

8) Si dia berasa sangsi dengan kamu. Tatkala kamu sibuk dengan urusan kerja , si dia selalu berprasangka yang bukan-bukan.

9) Cepat berasa dengan kamu. Perasaan cinta dan sayang makin pudar. Kamu bukanlah satu keutamaan lagi . Dia lebih mementingkan orang lain daripada kamu.

10) Pergaulan bersama kawan lelaki / perempuan semakin menjadi-jadi dan ini membuatkan kamu berasa cemburu. Walaupun sedaya-upaya kamu menahan perasaan cemburu itu, tapi lama-kelamaan tak tertahan juga.

11) Si dia sering mencari kesilapan kamu. Walaupun kesilapan kamu tidaklah sebesar mana, boleh mengamuk besar juga dia dibuatnya. Malah dia juga boleh mengungkit kisah lalu semata-mata mahu menambahkan penyebab kesilapan kamu itu.

12) Sering merasa sensitive dan emosional . Pantang tercuit, rasa nak marah saja. Mungkin katanya kamu tidak tahu hendak menjaga hati dia. Tetapi sebaliknya dia yang terlalu sensitif.

13) Bila berhadapan dengan kamu , si dia sengaja melayan lelaki / perempuan lain. Ada saja caranya untuk menyemarakkan lagi api kemarahan kamu.

14) Si dia mula mengelakkan diri dari berjumpa dengan kamu. Apabila diajak berjumpa, ada saja alasan yang diberikannya.

15) Kamu berdua sudah lama tidak berjumpa dan berhubung tanpa sebarang sebab. Tiada kata-kata putus untuk menentukan hubungan kamu dengan si dia. Kedua-duanya senyap saja dan serba salah hendak berbincangkan keputusan akhir.

Setiap Pertemuan Ader Berpisahnya, Cuma Kita Tak Tahu Bile Masenya Sampai Pisahnya. Kita Cuma Bole Berdoa, Ikhtihar Dan Tawakal... Yang Lain Itu Urusan Yang MAHA KUASA, PENGASIH & PENYAYANG... =)

Wednesday, March 23, 2011

Antara Azreen Shaharizan Dan Kemahuan & Kehendak

Kemahuan?...
Ataupun Kehendak?...
Berbezakah Kedua-Dua Nya?...
Berlainan Pada Struktur Ejaannya, Sama Pada Maksudnya...

Bagiku, Kemahuan Ada 3 Jenis Sahaja...
Pertamanya, Kemahuan Dimana Apa Yang Dihajati Terlaksana / Diperolehi...
Keduanya, Kemahuan Dimana Apa Yang Dihajati Tidak Kesampaian...
Ketiganya, Kemahuan Dimana Yang Tidak Pernah Dihajati Terlaksana / Diperolehi...

Kemahuan? Kehendak? Sangat-Sangat Subjektif...
Tidak Semua Inginkan Kemahuan Yang Sama...
Tidak Semua Berhajatkan Kehendak Yang Berbeza...
Subjektif Semata-mata...
Kerana Ianya Terletak Pada Diri Kita...

Tanya Pada Diri, Apa Yang Diri Mahukan?...
Tanya Pada Nafsu, Apa Yang Nafsu Mahukan?...
Tanya Pada Impian, Apa Yang Impian Mahukan?...

Banyak, Memang Sangat Banyak Kemahuan & Kehendak...
Cuma Hanya Tinggal Tanya...
Adakah Sudah Terlaksana?...
Ataupun Sedang Diusahakan?...
Atau Tidak Kesampaian?...

Yang Terlaksana, Pasti Diliputi Kegembiraan, Kesenangan...
Yang Sedang Pula, Antara Dua, Terlaksana Ataupun Tidak...
Yang Tidak, Pasti Gundah Gulana...

Kerana Apa Semua Ini?
Kerana Kita Semua Manusia...
Manusia Yang Penuh Dengan Hawa Nafsu...
Manusia Yang Tidak Pernah Puas...