


Ada sesuatu yang berbeza,
Saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu
Satu keinginan terpendam di hati
Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hati
Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini...
*
*
*
Title: Sesuatu Yang Berbeza
Artist: Sofaz
“He Admirable…”
“He So Romantic…”
“Saya Rasa Sudah Jatuh Cinta…”
Actually, Banyak Lagi Yang Bisa Update Status Berbunga-Bunga Mereka Kerana Beliau…
Memang Diakui La Kekacakan Beliau… (Aku Jeles, Sekian)
Aaron Aziz Sebagai Seth Tan
*********************************************************************************************
Haa, Ader Yang Mahu Suami Mereka Seperti Dia…
Sangat Baik, Lovely Father, Sangat Sangat Sangat Penyabar… (3 Kali “Sangat” Ni Aku Sebut)
And He Is…
Sein As Adam In Adamaya (Ciri-Ciri Suami Yang Mantop!!)
*****************************************************************************************
Dan…
Bile Malaysia Menang Piala AFF Suzuki, Ramai Jatuh Cinta Dengan Beliau…
Ader Yang Sanggup Makan Budu Dan Makan Ulam Jering…
Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek - National Goalkeeper
(Idola Aku Ni... Dan Dan Jer)
*******************************************************************************************
Dan...
Ni Plak...
Nak Jugak Enterprem...
I Think...
For This Time...
This Moment...
I'm In Love With...
Buku Litar Letrik... (Study La, Esok Test... Tulis Blog Plak)...
Mengapa Saya Malas?
Alahai...
Petang 25 Mei 2011, Sedang Aku Layan Maharaja Lawak Kat Youtube, YM Aku Di BUZZ…
TINGGGG!!!
Boy: Asalamualaikum Yen… Hepi Besday Bro…
Aku: Waalaikumsalam, Haha, Thanks Boy, Ingat Jugak Orang Jauh Kat Aku Nih…
Boy: Mestilah, Ko Kan Bestfren Aku Time Skolah, Maner Bole Aku Lupa…
Aku: Maner Ko Tau Hari Ni Besday Aku Nih? Ko Kan Takde Fesbuk…
Boy: Hello My Fren, Aku Kan Ader Friendster… Kat Situ Ader Bagitau La Besday Ko… Lagipun, Dalam Banyak2 Member, Besday Ko La Yang Aku Ingat…
Aku: Cam Maner Ko Bole Ingat Boy? Lame Kot Aku Ngan Ko Tak Jumpe Pas Ko Pindah…
Boy: Haha, Mesti Ko Tak Ingat Kan Sebelum Aku Pindah, Ko Ader Bagi Kad Nama Dragonball, Kat Situ La Aku Tau Besday Ko…
Aku: Haizz, Ko Simpan Lagi Kad Tu? Aku Sendiri Dah Lupa La…
Boy: Member Baik Kot, Tak Kan La Aku Nak Buang Plak, Gambar Kelas Time Kita Satu Kelas Pun Ader Lagi…
Aku: Teringat Plak Aku Zaman Tu, Aku Selalu Teman Ko Mintak Duit Kat Mak Ko Time Rehat… Mak Ko Kan Cikgu Skolah Time Tu…
Boy: Hehe, Aku Paksa Ko Ikut Kot…
Aku: Hehe…
Boy: So, Besday Boy Tak Celebrate Ker?
Aku: Nak Celebrate Ngan Saper?
Boy: Haiii, Buat Tanya Plak, Awek Ko Maner?
Aku: Aku Maner Ader Awek La…
Boy: Aikk, Yang Gambar Ko Ngan Dier Dalam Friendster Dulu Tu Saper? Siap Peluk2 Lagi Kan…
Aku: Aku Dah Clash La Ngan Dier, Dah Dekat Setahun Lebih Dah….
Boy: Ohh, Sori La Aku Tak Tau Plak..
Aku: Takpe Boy, Takde Hal La…
Boy: Tapi Even Ko Tak Celebrate Pun, Tak Kan Takde Dapat Hadiah… Dari Family Ker, Dari Kawan2 Ko Ker…
Aku: Kalo Aku Cakap Takde Cam Maner?
Boy: Tak Caye La, Mesti Ader Kan… Aper Dapat Bro? Teddy Bear? PSP? Kek Konfem Dapat Kan?
Aku: Haha, Tinggi Btol Imagination Ko Boy… Seriously Memang Takde…
Boy: Laaa, Biar Btol Yen…
Aku: Btol La Boy, Lagipun Aku Dah Biase La Macam Ni…
Boy: Tiap Tahun Macam Ni Ker Yen?
Aku: Kadang2 Ader La Jugak Aku Celebrate, Tapi Biase2 Jer La…
Boy: Hmm, Kalo Aku Ader Kat Malaysia, Aku Dah Bawak Ko Celebrate Dah, Orang Nak Cakap Kita Gay Pun Aku Tak Kisah…
Aku: Hahaha, Kelakar Jugak Orang Jauh Nih… Takpe La Boy, Aku Dah Biase Macam Ni…
Boy: Orait, Aper2 Pun, Besday Boy Mesti Hepi2 Tau, Jangan Emo2, and Aku Doakan Panjang Umur, Murah Rezeki, Baik Kesihatan dan Ader Jodoh Yang Baik…
Aku: Hai… Sampai Ker Jodoh Pun Ko Doakan?
Boy: Ala, Aper Salahnya… Aku Doakan Macam Ni Pun Untuk Kebaikan Ko Gak Kan…
Aku: Thanks Boy, Appreciate That…
Boy: OK Lah Yen, Aku Ader Hal Nih, Insya-Allah Kalo Panjang Umur Kita, Biler Aku Pegi Malaysia, Kita Jumpa Yerk… Ko Bawak Aku Round Satu Malaysia Tau, Lame Dah Aku Jadi Warga Australia Nih…
Aku: Insya-Allah Boy, Ader Masa n Panjang Umur Kita, Kita Jumpa Nanti…
Boy: Orait Yen, Aku Chow Dlu… Assalamualaikum… :)
Aku: Waalaikumsalam… :)
Tersenyum Aku Petang Tu, Masih Ader Yang Ingat Akan Hari Penting Bagi Aku Nih… Bersyukur Aku Kehadrat-Mu Ya Allah Kerana Kurniaan Insan2 Yang Baik Di Sekeliling Aku… Panjangkan Umur Dan Murahkan Rezeki Mereka…
P.S : Thanks A Lot To All Facebook’s Friends Yang Wish Besday Aku… =)
Pada suatu hari, seorang pemuda berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli-belah… sedang dia berjalan hanya sekadar melihat kedai-kedai yang ada dalam kompleks membeli-belah tersebut, soerang perempuan yang berpakaian seksi melepasi lelaki tersebut…
Si MATA: Perghhh… Seksi la awek tadi…
Si HIDUNG: Yer la, time dia lintas tadi wangi jer aku bau perfume dia…
Si TELINGA: Dah la seksi, wangi, sedap jer suara dia aku dengar dia cakap dengan member dia tadi…
Si AKAL: Hah, aper lagi MULUT, pergi la tegur dia, mana la tau boleh sangkut…
Si MULUT: Ish, kau ni AKAL, ingat senang-senang ke boleh mengurat awek tu…
Si AKAL: Ala, kau tu kan bole berkata-kata, dengan ayat kau tu pun dan boleh meluluhkan hati seorang perempuan tau…
Si MULUT: Nak luluhkan hati seorang perempuan, aku kena tanya HATI, dia lebih memahami hal-hal macam ni...
Si HATI: Hmm, aku tengok awek tu macam ok jer, tapi walaupun dia pakai macam tu, belum tentu perangai dia tak baik… laut boleh diduga, hati manusia tak siapa yang tahu selain Tuhan…
Si NAFSU: Wahai rakan-rakanku sekalian, janganlah kalian semua terpedaya dengan kecantikan luaran sahaja, kecantikan dalaman adalah kunci kebahagiaan… kecantikan luaran semata-mata tetapi cacat kecantikan dalamannya boleh membawa kepada nafsu serakah dan maksiat…
Si MATA: Jadi, apa yang aku lihat selama ini bagaimana?
Si NAFSU: Benar, pandangan pertama mungkin boleh memberi satu perspektif baik ataupun buruk, tapi jika dipandang berkali-kali diiringi dengan rasional dan batas-batas, mungkin yang buruk boleh menjadi cantik manakala sebaliknya…
Si MULUT: Bagaimana dengan kata-kata?
Si NAFSU: Apabila berkata-kata, janganlah biarkan kata-kata mendahului segalanya, dahulukan dengan akal barulah kata-kata boleh menyusul… Sebagai contoh, orang yang marah kata-katanya mendahului segalanya, dan itu boleh memusnahkan diri…
Si HATI: Kalian, kalau begitu, sama-samalah kita menolong satu sama lain… Si MATA, HIDUNG, TELINGA dan MULUT memainkan peranan yang penting untuk HATI dan NAFSU… Jika kalian membuat yang baik, maka baiklah pekertinya, manakala jika MATA melihat kejahilan, TELINGA mendengar fitnah, MULUT mendustakan kata-kata, maka akan gelaplah HATI dan geloralah NAFSU, musnahlah diri seorang MANUSIA…
Bercinta? Macam Dah Jadi Satu Kemestian Bagi Anak Muda Remaja. Perasaan Yang Datang Secara Automatik, Tak Der Pun Beli Kat Maner2... Best Kan Bercinta, Sana Sini Indah, Sengih Jer Memanjang, Biarlah Orang Cakap Giler Pun, Janji Hati Berbunga2... Tapi Tak Selamanya Akan Indah, Tak Selamanya Hati Tu Berbunga2, Kadang Kala Rase Macam Hampeh Jer, Rase Hidup Sorang Lagi Baik La... Ni Aku Share 15 Tanda2 Perpisahan...
1) Ketika bertemu atau cakap dalam telefon, si dia lebih banyak diam dari bercakap seperti selalu. Kamu saja yang banyak berkata. Dia cuma menjawab acuh tak acuh saja. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya.
2) Kalau berjumpa, si dia kerap mempamerkan wajah yang kurang senang ataupun ‘bad mood’. Tentu saja kamu sendiri tertanya-tanya mengapa si dia begitu. Alasan yang diberikan ialah dia ‘bad mood’ ataupun kurang sihat.
3) Si dia mula pandai melawan kata-kata kamu. Kalau kamu memberikan pendapat ataupun membahaskan sesuatu, dia akan cuba membantahnya.
4) Kamu berdua sering bertengkar walaupun disebabkan perkara remeh-temeh. Sebelum ini seboleh-bolehnya kamu berdua mahu mengelakkan dari bertengkar. Tapau kalau perkara sekecil kuman pun menjadi isu, tentu saja ada yang tak puas hati.
5) Kini dia bukanlah pendengar yang setia. Kalau dulu pada dialah kamu meluahkan perasaannya. Tapi kini bila kamu memerlukan , dia tiada. Kamu dapat rasakan yang dia juga seakan menyisihkan diri dari kamu.
6) Telefon bimbitnya sering ditutup dan apabila kamu bertanya, dia menjawab sudah kehabisan bateri ataupun tidak mahu diganggu.
7) Si dia sering berkata , “andainya kita tiada jodoh, lebih baik awak mencari pengganti saya yang lebih bagus. Sekurang-kurangnya awak dapat melupakan saya”.
8) Si dia berasa sangsi dengan kamu. Tatkala kamu sibuk dengan urusan kerja , si dia selalu berprasangka yang bukan-bukan.
9) Cepat berasa dengan kamu. Perasaan cinta dan sayang makin pudar. Kamu bukanlah satu keutamaan lagi . Dia lebih mementingkan orang lain daripada kamu.
10) Pergaulan bersama kawan lelaki / perempuan semakin menjadi-jadi dan ini membuatkan kamu berasa cemburu. Walaupun sedaya-upaya kamu menahan perasaan cemburu itu, tapi lama-kelamaan tak tertahan juga.
11) Si dia sering mencari kesilapan kamu. Walaupun kesilapan kamu tidaklah sebesar mana, boleh mengamuk besar juga dia dibuatnya. Malah dia juga boleh mengungkit kisah lalu semata-mata mahu menambahkan penyebab kesilapan kamu itu.
12) Sering merasa sensitive dan emosional . Pantang tercuit, rasa nak marah saja. Mungkin katanya kamu tidak tahu hendak menjaga hati dia. Tetapi sebaliknya dia yang terlalu sensitif.
13) Bila berhadapan dengan kamu , si dia sengaja melayan lelaki / perempuan lain. Ada saja caranya untuk menyemarakkan lagi api kemarahan kamu.
14) Si dia mula mengelakkan diri dari berjumpa dengan kamu. Apabila diajak berjumpa, ada saja alasan yang diberikannya.
15) Kamu berdua sudah lama tidak berjumpa dan berhubung tanpa sebarang sebab. Tiada kata-kata putus untuk menentukan hubungan kamu dengan si dia. Kedua-duanya senyap saja dan serba salah hendak berbincangkan keputusan akhir.
Setiap Pertemuan Ader Berpisahnya, Cuma Kita Tak Tahu Bile Masenya Sampai Pisahnya. Kita Cuma Bole Berdoa, Ikhtihar Dan Tawakal... Yang Lain Itu Urusan Yang MAHA KUASA, PENGASIH & PENYAYANG... =)